Buku Pelawat...Sila Daftar Di Sini

Sunday, September 13, 2009

Sambutan Hari Raya Fitri 2009

. Sunday, September 13, 2009
0 comments

Pihak KKRS SMK Padang Berampah akan mengadakan sambutan hari raya fitri tahun 2009 pada hari sabtu, 03 oktober 2009...Pelbagai acara menarik bakal disediakan nanti.

Read More »»

Friday, September 11, 2009

Tuntutan Dalam Bulan Ramadhan

. Friday, September 11, 2009
0 comments

EMPAT TUNTUTAN

"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183

Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan.

Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu;

1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah;
2. Beristighfar;
3. Memohon memasuki jannah dan
4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.

Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat perkara ini sebagai suatu amalan. Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa:

"Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon sesuatu melaluinya. Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut. Nabi Musa AS berkata: "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang khusus." Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat lagi daripada segala sesuatu."

Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.

Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah". Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul.

Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada ancaman api neraka. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut:

"Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar."

Dengan memperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lakukan untuk memenuhi bulan Ramadhan ini. Ramadhanlah masanya yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan.

Justeru, sebagai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan
dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma. Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini? Fikirkan.


Selamat beribadat dan wassalam.

Read More »»

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan al-Mubarak Dan Selamat Berpuasa

. Friday, August 21, 2009
0 comments

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (Surah al-Baqarah : 183)"

Berpuasa pada bulan ramadhhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam.Syariat ini diturunkan kepada umat Muhammad s.a.w. pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.

Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri daripada sesuatu. Manakala puasa dari segi istilah syarak pula bermaksud menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan pusa bermula daripada terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari yang di sertakan dengan niat . Puasa juga merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim pada bulan Ramadhan.

Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:

  1. Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
  2. Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
  3. Puasanya orang istimewa, seperti khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan.
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk beramal sebanyak-banyaknya dan beribadah di bulan mulia dan barakah. Bersyukur, kehadrat allah. Peluang ini tidak dilepaskan untuk memohon keampunan, mensyukuri dan menikmati ibadah sebenar sebagai seorang yang beragama islam.

Akhir sekali dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan blog dan pembaca setia dan tidak setia blog ini jika ada kesalahan yang berbentuk verbal atau penulisan.Semoga puasa kita mendapat keberkatan dari Allah s.w.t...Sekian.

Read More »»

Saturday, June 27, 2009

Majlis Perpisahan Guru-Guru SMK Padang Berampah

. Saturday, June 27, 2009
0 comments

25 Jun 2009 (Khamis), KKRS SMK Padang Berampah telah mengadakan majlis perpisahan buat Cikgu Sulita yang akan berpindah ke SMK Lok Yuk, Kota Kinabalu dan Cik Niza Ambilit yang akan melanjutkan pelajaran ke UPSI.

Foto : Awil Willie

Read More »»

Wednesday, June 10, 2009

Selamat Pengantin Baru

. Wednesday, June 10, 2009
0 comments

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Cikgu Fazil kerana melangsungkan majlis perkahwinan pada 31 Mei 2009...Maka tamatlah zaman bujang beliau semoga kedua-dua mempelai akan kekal berbahagia sehingga keakhir hayat...
Doa Untuk Pengantin:
Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
**Amin Ya Rabbal Alamin**

Read More »»

Sunday, May 24, 2009

Hari Keluarga KKRS SMK Padang Berampah

. Sunday, May 24, 2009
0 comments

Lawas, Sarawak. 02 Mei 2009, Kelab Kebajikan Dan Rekreasi SMK Padang Berampah telah mengadakan hari keluarga bertempat di Kg Pengalih Lawas, Sarawak. Berbagai aktiviti dan sukaneka telah diadakan antaranya pertandingan baling telur, membuat teh tarik, makan pisang dan membawa kacang menggunakan copstik. Berikut beberapa rakaman yang sempat dirakam oleh kamera kami.







Read More »»